Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis Gua Musang siasat video lelaki pukul wanita
Diterbitkan:  Jan 28, 2023 3:51 PM
Dikemaskini: 7:51 AM

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung klip video kejadian seorang lelaki memukul seorang wanita yang didakwa berlaku di daerah Gua Musang agar tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata klip video berdurasi 1 minit 47 saat itu telah dimuat naik di Facebook pada Khamis lepas.

Bagaimanapun, katanya hingga kini tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian tersebut.

“Hasil siasatan polis, kejadian itu dikatakan berlaku di Lebuhraya Kota Bharu-Gua Musang dekat Paloh 2, di Gua Musang, namun tiada kepastian.

“Tarikh dan masa kejadian juga tidak dikenal pasti,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sik berkata semua Ketua Polis Balai diarah untuk mengesan suspek berdasarkan individu dan tempat kejadian dalam video itu.

Terdahulu, tular rakaman video menunjukkan seorang wanita hanya menahan kesakitan dan tidak melawan apabila dimarahi, ditampar serta dipukul dengan topi keledar oleh seorang lelaki.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS