Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Terserah kepada kebijaksanaan polis, kata Saifuddin

Kementerian Dalam Negeri tidak berhasrat untuk campur tangan dalam siasatan polis terhadap dua pembantu kepada ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) berhubung ciapan yang mengaitkan Pemuda Umno dengan kekecohan pada ceramah Muda, kata menterinya, Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin, pada sidang akhbarnya hari ini, berkata dia akan menyerahkan kepada kebijaksanaan polis untuk menggunakan budi bicara mereka untuk menjalankan siasatan.

“Saya mendapat tahu mengenainya pagi ini, dan saya telah mendengar komen daripada (bekas Ahli Parlimen Klang) Charles Santiago dan (Ahli Parlimen Muar) Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman).

“Saya serahkan kepada kebijaksanaan polis untuk menggunakan budi bicara menggunakan mana-mana undang-undang yang mahu mereka guna. Saya serahkan kepada polis.

"Saya tidak bercadang untuk campur tangan (dalam perkara itu)," katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya dan menyampaikan ucapan tahun baharu.

Kenyataan itu dibuat susulan selepas kedua-dua pembantu berkenaan diarahkan ke balai polis Sentul pada Rabu untuk membantu siasatan.

Dilaporkan bahawa Noor Suhana Ishak, pembantu kepada ahli parlimen DAP Bentong, Young Syefura Othman dan setiausaha akhbar Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Farhan Iqbal memberi kenyataan mereka di balai polis Sentul semalam.

Suhana dan Farhan disiasat atas jenayah fitnah dan pertuduhan menyalahgunakan kemudahan rangkaian melalui siaran media sosial mengenai kekecohan yang berlaku semasa ceramah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) oleh Muda.

Charles dan Syed Saddiq antara yang mengkritik siasatan itu, berkata polis sepatutnya menyiasat mereka yang mencetuskan kekecohan semasa ceramah Oktober lalu dan bukannya individu yang menghantar ciapan.

Menurut Syed Saddiq, polis sepatutnya menggunakan masa, tenaga dan sumber untuk menyiasat siapa dalang provokasi tersebut dan bukan sebaliknya.

Pada 17 Oktober tahun lalu, ceramah Muda di Muar, Johor dicemari insiden provokasi sekumpulan lelaki berbaju hitam.

Dua klip video tular kemudiannya disebarkan di media sosial yang  memperlihatkan sekumpulan lelaki bermotosikal yang menganggu ceramah berkenaan.

Bagaimanapun, keadaan terkawal dengan kehadiran anggota polis.

Semasa ceramah, sekumpulan belia atau 30 orang mengganggu ceramah dan didakwa mencetuskan kekecohan ketika Syed Saddiq, yang juga presiden Muda, sedang menyampaikan ucapan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS