Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiga kematian, 172 kes baru Covid-19
Diterbitkan:  Jan 27, 2023 8:21 AM
Dikemaskini: 12:21 AM

Sebanyak 172 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,035,377.

Jumlah kes aktif sebanyak 9,627, turun 12.0 peratus berbanding 14 hari lalu.

Jumlah kes baru mengikut negeri:

  • Selangor (58)

  • WP Kuala Lumpur (35)

  • Kedah (13)

  • Sarawak (12)

  • Johor (10)

  • Kelantan (9)

  • Perak (8)

  • Melaka (7)

  • Sabah (5)

  • Negeri Sembilan (4)

  • Pulau Pinang (4)

  • WP Putrajaya (3)

  • Terengganu (2)

  • WP Labuan (2)

  • Pahang (0)

  • Perlis (0)

Sebanyak tiga lagi kematian dilaporkan di Selangor (2) dan Kedah (1), melibatkan kes meninggal dunia di luar hospital (BID).

Sejak minggu lepas, purata 1.9 orang dilaporkan meninggal dunia manakala purata untuk 30 hari pula sebanyak 3.2, yang menunjukkan aliran menurun.

Sementara itu, terdapat 169 laporan kematian bulan lepas dan 209 kematian pada bulan November.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,936 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Seramai 369 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 13 orang sedang mendapat rawatan rapi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS