Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mangsa ke-11 insiden tembakan di Los Angeles meninggal dunia

GLOBAL | Mangsa kesebelas kejadian tembakan di Monterey Park di California, Amerika Syarikat meninggal dunia di sebuah pusat perubatan, lapor Agensi Anadolu memetik beberapa saluran berita pada Isnin.

Insiden tembakan itu berlaku di kelab tarian di bandar Monterey Park, California, dekat Los Angeles pada Sabtu.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti motif di sebalik kejadian itu.

Suspek yang dikenali sebagai Huu Can Tran, 72, dilaporkan maut selepas menembak dirinya sendiri.

Pada Ahad Presiden Joe Biden turut mengarahkan bendera di semua bangunan kerajaan dikibarkan separuh sehingga Khamis sebagai menghormati mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS