Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Arab Saudi lantik 34 wanita sertai kepimpinan di dua masjid suci
Diterbitkan:  Jan 23, 2023 9:57 PM
Dikemaskini: 2:05 PM

GLOBAL | Arab Saudi melantik 34 wanita untuk memegang jawatan dalam barisan kepimpinan di dua masjid suci di Mekah dan Madinah, lapor Anadolu.

Dalam satu kenyataan, Presiden Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid berkata pelantikan itu bertujuan untuk membangunkan lagi perkhidmatan yang disediakan buat pelawat yang mengunjungi masjid berkenaan.

"Ia sebahagian daripada perubahan kualitatif yang sedang dilaksana oleh kerajaan untuk kaum wanita Arab Saudi yang mempunyai kelayakan…,” menurut kenyataan itu.

Pada Ogos 2021, Arab Saudi melantik dua wanita sebagai pembantu kepada ketua Presiden Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci.

Awal bulan ini, Arab Saudi mengumumkan pelantikan 32 wanita sebagai pemandu di bawah Program Pemimpin Kereta Api Ekspres Haramain.

Negara yang kaya dengan minyak itu telah mengambil beberapa langkah untuk memperkasakan wanita sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk membenarkan wanita memandu dan mendaftar dalam perkhidmatan tentera.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS