Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hadi: PAS tentukan sendiri tarikh bubar DUN Kelantan, T'ganu, Kedah

PAS akan membuat keputusan sendiri mengenai tarikh pembubaran DUN untuk tiga negeri di bawah pimpinan parti itu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), kata presidennya Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob dan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor akan bermesyuarat bagi menetapkan tarikh berkenaan.

Katanya terpulang kepada tiga negeri lain di bawah PH iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang sama ada akan mengikut tarikh yang ditetapkan itu nanti atau tidak.

“Kita akan ada keputusan tersendiri, perkara itu akan dibincang pada mesyuarat akan datang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Semarak Gelombang Rakyat menyokong PN dan Kenduri Rakyat di Ladang Alam Warisan, Kampung Tanah Datar, Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata DUN negeri ini dijangka dibubarkan pada Mei ini, dan beliau bersama Menteri Besar Selangor Amirudin Shari serta Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, sedia berbincang dengan tiga menteri besar di bawah pimpinan PAS mengenai perkara itu.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS