Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Keputusan ubah klasifikasi laporan kehilangan paksa Amri pada 9 Mei

Isteri Amri Che Mat akan mengetahui pada 9 Mei sama ada dia berjaya atau tidak dalam permohonannya untuk mengubah klasifikasi laporan pasukan petugas khas berhubung kehilangan secara paksa aktivis itu pada 2016.

Pada tarikh berkenaan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat membuat keputusan berhubung semakan kehakiman Norhayati Mohd Ariffin yang memohon untuk membatalkan klasifikasi Akta Rahsia Rasmi 1972 terhadap laporan itu.

Norhayati  membuat semakan kehakiman itu untuk mendapatkan akses terhadap laporan tersebut untuk mengukuhkan tindakan sivilnya yang berkaitan terhadap polis dan kerajaan persekutuan berhubung kehilangan suaminya sejak enam tahun lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam Norhayati, Larissa Ann-Louis mengesahkan hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh menetapkan 9 Mei sebagai tarikh penghakiman semasa prosiding dalam talian awal hari ini.

Pada 19 Dis tahun lalu, mahkamah menetapkan hari ini untuk mendengar semakan kehakiman untuk mengubah klasifikasi laporan pasukan petugas berkenaan.

Pada 26 Jun 2019, dua bulan selepas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) membuat kesimpulan bahawa Amri adalah mangsa kehilangan paksa polis, Kementerian Dalam Negeri membentuk pasukan petugas khas untuk menyiasat semula perkara itu.

Bagaimanapun, terdapat kekurangan maklumat terkini mengenai laporan itu, sehingga memaksa kumpulan masyarakat sivil Citizens Against Enforced Disappearance (Caged) pada 2021 untuk mendesak kerajaan supaya mendedahkan penemuan pasukan petugas khas itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS