Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sultan Terengganu berkenan terima menghadap PM Anwar
Diterbitkan:  Jan 12, 2023 12:20 PM
Dikemaskini: 8:26 AM

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Syarqiyyah di Kuala Terengganu hari ini.

Kenderaan Proton Perdana yang membawa Anwar dilihat masuk ke perkarangan Istana Syarqiyyah pada 10.27 pagi dan meninggalkan istana kira-kira sejam kemudian.

Sesi menghadap Sultan Mizan itu yang pertama buat Anwar, sejak Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov tahun lepas.

Anwar, yang juga ahli parlimen Tambun, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Ke-10 di Istana Negara, selepas pelantikan beliau diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selepas sesi menghadap itu, Anwar dijadual mengadakan perjumpaan bersama ketua jabatan dan pegawai kanan Persekutuan di Dewan Senat Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS