Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa vaksin bivalen Pfizer berkemungkinan tiba di Malaysia pada akhir Januari.

Noor Hisham yang tampil menggantikan Dr Zaliha Mustafa pada sidang media hari ini selepas menteri kesihatan itu perlu beredar, dia berkata vaksin itu pada asalnya dijangka tiba lewat tahun lepas.

“Pada masa itu, Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) meluluskan vaksin bivalen pada 13 Dis tetapi ia adalah musim cuti.

"Kemudian kami perlu menandatangani pindaan perjanjian kontrak kerana kontrak asal adalah untuk menyediakan vaksin monovalen sahaja," katanya.

Noor Hisham menambah bahawa kementerian telah berbincang dengan Pfizer dan vaksin bivalen dijangka akan dihantar pada akhir bulan ini.

Bagaimanapun, Noor Hisham tidak dapat memberikan tarikh tepat kerana ia hanyalah anggaran yang diberikan oleh syarikat farmaseutikal itu kerana kementerian masih melengkapkan kontrak pertama dengan Pfizer untuk hanya mengedarkan vaksin monovalen.

“Sebelum ini, kami mempunyai kontrak monovalen dengan Pfizer tetapi kini kami telah meminta kontrak bivalen.

"Ini tidak boleh diselesaikan dalam masa satu atau dua hari, ia akan mengambil masa," katanya.

Sementara itu Noor Hisham berkata walaupun varian XBB adalah penyebaran dominan Covid-19 di negara ini, subvarian Omicron XBB.1.5 baru masih belum dikesan.

Katanya KKM sedang meneliti pengembara asing dan tempatan untuk memastikan mereka tidak membawa masuk varian baru tersebut dan setakat ini hanya varian BA.5.2 dan BF.7 dikesan.

“Tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan kerana KKM mempunyai vaksin dan penggalak yang mencukupi - kita dilengkapi dengan baik dari segi perubatan.

“Kaedah pencegahan terbaik adalah dengan bersungguh-sungguh dalam mengelakkan tempat yang sesak, membersihkan tangan dan memakai topeng sekerap mungkin,” katanya.

Pada masa sama Noor Hisham mengingatkan orang ramai agar tidak menunggu vaksin bivalen kerana vaksin monovalen mempunyai kesan yang sama.

“Sila pergi ke klinik atau hospital awam terdekat anda untuk mendapatkan suntikan tersebut," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS