Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Malaysiakini menang anugerah perlindungan warga Indonesia
Diterbitkan:  Jan 10, 2023 9:21 AM
Dikemaskini: 1:51 AM

Wartawan Malaysiakini S Vinothaa memenangi Anugerah Perlindungan Hassan Wirajuda Indonesia 2022 di Jakarta malam tadi atas laporannya mengenai isu yang melibatkan rakyat negara itu di Malaysia.

Dia menjadi wartawan asing pertama yang menerima anugerah berkenaan dan rakyat Malaysia kedua yang diiktiraf oleh Indonesia sejak penganjuran anugerah tahunan itu pada 2015.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono menerima anugerah di bawah kategori ketua misi atas peranannya yang menyelesaikan rundingan sekian lama mengenai memorandum persefahaman antara kedua-dua negara dalam pekerjaan dan perlindungan pekerja asing.

Vinothaa mendedikasikan anugerahnya kepada Malaysiakini kerana menjadi suara bagi mereka yang tidak bersuara di Malaysia.

“Ia benar-benar satu penghormatan daripada kerajaan Indonesia tetapi saya tidak dapat melakukannya jika tidak kerana dedikasi Malaysiakini memperjuangkan mereka yang tertindas.

“Dan saya gembira kami sehaluan kerana itulah yang membawa saya kembali ke dunia kewartawanan selepas dua puluh tahun.

"Hermono berperanan penting dalam hal ini kerana dia melibatkan saya dalam usahanya untuk menegakkan keadilan kepada mereka yang tertindas, terutama ke arah perlindungan pekerja asing di Malaysia," katanya.

Vinothaa berkata pembantu rumah tangga memerlukan perhatian khusus kerana ia adalah kerjaya bagi kebanyakan wanita yang secara jelas didiskriminasi dalam undang-undang buruh di negara ini.

Dia berharap rejim baharu negara akan memastikan klausa diskriminasi berkenaan dimansuhkan.

Majlis anugerah itu diadakan serentak dengan lawatan rasmi Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Indonesia dan pada masa yang sama, Hermono berkata ia membuktikan kepentingan bersejarah dalam hubungan dua hala Jakarta-Kuala Lumpur.

“Ia bukan sahaja hari penyampaian Anugerah Perlindungan Hassan Wirajuda kepada mereka yang berperanan dalam perlindungan migran tetapi perdana menteri Malaysia telah berjanji untuk menangani isu itu.

"Dia bersemangat untuk menangani masalah  itu kerana dia juga, seperti yang diluahkannya pernah, melalui kesusahan sebagai orang yang ditindas," katanya.

Bagi Hermono, anugerahnya bukan sahaja sebagai sebagai pengiktirafan kerjanya tetapi buat semua yang prihatin dengan perlindungan pekerja asing seperti masyarakat awam, sukarelawan dan media.

Hermono, Duta Besar Indonesia ke Malaysia

Kira-kira 80 nama dari 15 negara telah dicalonkan dari seluruh dunia di bawah lapan kategori untuk anugerah 2022.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS