Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan: Amazon akan buang lebih 17,000 pekerja

GLOBAL | Amazon, gergasi e-dagang Amerika Syarikat (AS) akan memberhentikan lebih 17,000 pekerja, menurut satu laporan pada Rabu.

Langkah pemberhentian itu tertumpu kepada petugas korporat syarikat, lapor agensi Anadolu memetik Wall Street Journal.

Pada November, syarikat berpangkalan di Seattle itu mengumumkan pemberhentian tenaga kerja korporatnya yang tertumpu kepada perniagaan peranti, pengambilan pekerja dan operasi runcit.

Sehingga September, syarikat itu menggaji 1.5 juta pekerja dengan peratusan besar bekerja digudang.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS