mk-logo
Berita
Bekas Pope Benedict meninggal dunia
Diterbitkan:  Dec 31, 2022 7:02 PM
Dikemaskini: 11:06 AM

GLOBAL | Bekas Pope Benedict, yang menjadi paus (pope) pertama gereja Katolik dalam 600 tahun meletak jawatan pada 2013, meninggal dunia pada hari Sabtu, lapor Reuters.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 95 tahun di sebuah biara terpencil di Vatican tempat dia tinggal sejak berundur, kata jurucakap Vatican.

Vatican berkata jasadnya akan dibaringkan mulai Isnin di Basilika St Peter. Vatican mempunyai istiadat terperinci apabila seorang paus Kristian meninggal dunia tetapi tiada yang diketahui umum untuk bekas paus.

"Dengan kesedihan, saya memaklumkan kepada anda bahawa Pope Emeritus, Benedict XVI, meninggal dunia hari ini pada 9.34 pagi di Biara Mater Ecclesiae di Vatican," kata jurucakap Matteo Bruni pada satu kenyataan.

Awal minggu ini, Pope Francis mendedahkan semasa pertemuan umum mingguannya bahawa Pope Benedict "sedang uzur", dan meminta orang ramai mendoakannya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS