Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tengkorak dalam bungkusan ke AS dikesan di lapangan terbang

GLOBAL | Empat tengkorak manusia ditemui di dalam bungkusan di lapangan terbang di Mexico yang sepatutnya dihantar melalui kurier ke Amerika Syarikat, kata pihak berkuasa tempatan pada hari Jumaat.

Tengkorak itu ditemui berbalut dengan keranjang aluminium di dalam kotak kadbod di Lapangan Terbang Queretaro Intercontinental di tengah Mexico, kata satu kenyataan daripada Pengawal Keselamatan Kebangsaan.

Bungkusan itu, katanya telah dihantar dari negeri pantai barat Michoacan - salah satu bahagian paling ganas di negara itu - dan dialamatkan ke Manning di Carolina Selatan, Amerika Syarikat.

Pengawal Keselamatan Kebangsaan Mexico tidak memberikan butiran lanjut mengenai umur, identiti atau kemungkinan motif untuk menghantar tengkorak manusia berkenaan.

Pemindahan mayat atau bahagian badan manusia memerlukan permit khas daripada pihak berkuasa kesihatan yang kompeten dan dalam kes ini tidak diperolehi, katanya lagi.

Laporan oleh Lizbeth Diaz, Penyuntingan oleh Rosalba O'Brien

- Reuters


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS