story images
story images
mk-logo
Berita
Bomba hantar lebih 23 tan bekalan makanan ke kampung Orang Asli
Diterbitkan:  Dec 30, 2022 1:55 PM
Dikemaskini: 5:55 AM

Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menghantar 23.399 tan metrik bantuan bekalan makanan ke perkampungan Orang Asli di Gua Musang yang terputus jalan perhubungan darat sejak Ahad lepas.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor Mohd Hasrizal Kamaruzzaman berkata bantuan berkenaan dihantar dengan menggunakan helikopter jenis AW139, A109E dan Mi 17-V.

Beliau berkata antara kawasan yang menerima bantuan ialah Pos Lalok, Pos Sau, Pos Bihai, Pos Hau, Pos Tendrik, Pos Sempadik, Pos Belatim, Pos Gob, Pos Simpor dan Pos Balar.

"Bantuan meliputi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak dan makanan dalam tin," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata misi tersebut turut dibantu JBPM Gua Musang, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Katanya operasi berjalan lancar dan berjaya diselesaikan sepenuhnya berikutan cuaca baik.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS