Paling Popular
Terkini

UNDIAN l Sepanjang 22 tahun lalu, Malaysiakini tanpa gagal akan menamakan pencetus berita sebelum berlabuhnya tirai bagi setiap tahun.

Pencetus berita didefinasikan sebagai "seseorang yang tindakannya menjadi tajuk utama berita, yang memberi kesan kepada wacana awam dan mewujudkan kesan dalam politik Malaysia, ke arah yang lebih baik atau sebaliknya".

Untuk anugerah tahun ini, Malaysiakini mencalonkan 20 nama.

Seramai 2,904 responden telah menyertai undian tersebut. Mereka mengundi dengan memilih calon berkenaan - dengan memberikan markah iaitu 0 sebagai nilai terendah dan 10 yang tertinggi.

Dan inilah keputusan mereka…

20. Zuraida Kamaruddin - Bekas ahli Parlimen Ampang dan ‘presiden' Parti Bangsa Malaysia yang dilantik serta kini juga ahli NGO Muafakat Nasional.


19. Azmin Ali - Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) dan bekas ahli Parlimen Gombak.


18. Annuar Musa - Bekas pemimpin Umno dan presiden NGO Muafakat Nasional.


17. Muhyiddin Yassin - Pengerusi Perikatan Nasional, presiden Bersatu.


16. Abdul Hadi Awang - Presiden PAS.


15. Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Bekas menteri undang-undang yang menyelia reformasi di bawah pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.


14. Ismail Sabri Yaakob - naib presiden Umno yang menyelia banyak pembaharuan semasa menjadi perdana menteri.


13. Azam Baki - ketua pesuruhjaya SPRM.


12. Tengku Zafrul Abdul Aziz - Tewas dalam perebutan kerusi parlimen Kuala Selangor pada PRU15, tetapi menjadi menteri buat kali ketiga.


11. Family Frontiers - Sebuah NGO yang memperjuangkan hak wanita untuk memberikan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka.


10. Khairy Jamaluddin - Bekas menteri kesihatan.


9. Dr Mahathir Mohamad - perdana menteri paling lama berkhidmat, mengetuai partinya yang tewas di semua kerusi yang ditandingi pada PRU15.


8. Fahmi Reza - aktivis dan pereka grafik, menjalankan kempen pendidikan pengundi di universiti walaupun mendapat halangan pihak pentadbir.


7. Najib Razak - Bekas perdana menteri yang lantang bersuara, kini dipenjarakan kerana rasuah.


6. Ahmad Zahid Hamidi - Presiden Umno dan timbalan perdana menteri, serta pengerusi BN, yang mendorong negara ke pilihan raya mengejut dan sedang berdepan tuduhan jenayah.


5. Pengundi belia dan generasi TikTok, yang memainkan peranan di luar jangkaan pada PRU15.


4. Anthony Loke - setiausaha agung DAP yang baharu dan menteri pengangkutan penggal kedua.


3. Tengku Maimun Tuan Mat - Ketua Hakim Negara yang mengekalkan sabitan Najib ketika serangan terhadap badan kehakiman.


2. Rafizi Ramli - Kembali aktif berpolitik, menjadi menteri ekonomi, timbalan presiden PKR.


1. Anwar Ibrahim - perdana menteri, presiden PKR, pengerusi Pakatan Harapan.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS