TINJAUAN l Tahun 2022 bakal melabuhkan tirainya dan Malaysiakini sekali lagi memberi peluang kepada pembaca untuk berkongsi apa yang pada pandangan mereka sebagai berita utama sepanjang tahun ini.
Sebanyak 2,904 pembaca mengambil bahagian dalam tinjauan tahun ini.
Mereka memilih dengan memberikan markah pada setiap 25 berita yang dipilih oleh Malaysiakini - daripada 0 (nilai terendah) kepada 10 (tertinggi).
Berikut adalah berita utama sepanjang 2022.
25. BN memenangi pilihan raya negeri Johor, tetapi pertukaran calon menteri besar pada saat-saat akhir menimbulkan rasa kurang senang.
24. Kerajaan bercadang untuk menutup pejabat Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia.
23. Pelaksanaan hukuman mati ke atas Nagaenthran Dharmalingam mencuri tumpuan kepada rakyat Malaysia yang berdepan hukuman mati di Singapura.
22. Malaysia menandatangani memorandum persefahaman dengan Indonesia untuk melindungi pekerja domestik.
21. Agensi Israel Mossad didakwa cubaan menculik seorang warga Palestin di Kuala Lumpur.
20. Maharani Energy Gateway - Projek tebus guna tanah terbaharu sultan Johor.
19. Komedi Crackhouse - aksi mikrofon terbuka yang kontroversi membawa kepada penutupan kelab komedi.
18. Mahkamah dapati Sam Ke Ting bersalah dalam kes 'basikal lajak'.
17. Tasik Chini - Perlombongan dan pembangunan mengancam tasik, status Unesco dan sumber pencarian rakyat.
16. Waris sultan Sulu tuntut rampas aset Petronas.
15. Lejar Ultra Kirana Sdn Bhd mendedahkan ramai terbabit dalam rasuah, walaupun hakim meragui kredibiliti saksi.
14. Sekatan Covid-19 ditarik - Kematian berterusan tetapi keadaan kembali normal.
13. Scams - Cubaan menipu simpanan rakyat Malaysia daripada simpanan mereka; rakyat Malaysia di luar negara juga jadi mangsa.
12. LRT tidak berfungsi selama lima hari, berdepan masalah sehingga Q3 2023.
11. Perang Rusia-Ukraine - Konflik yang menjatuhkan penerbangan MH17 semakin memuncak, menjejaskan segala-galanya daripada geopolitik sehinggalah kepada harga roti.
10. Tangkap Azam Baki - Keberangan orang ramai terhadap ketua pesuruhjaya SPRM.
9. MOU Pakatan Harapan dengan pentadbiran Ismail Sabri Yaakob membuahkan hasil, membawa banyak pembaharuan, termasuk undang-undang anti-lompat.
8. Ketidakwajaran yang didakwa melibatkan RM600 bilion dalam perbelanjaan berkaitan Covid-19.
7. Monsun Timur Laut membawa banjir seperti lazimnya. Ia juga menyaksikan tanah runtuh paling dahsyat di Malaysia dalam beberapa dekad.
6. Kadar inflasi, faedah dan kos sara hidup semakin meningkat.
5. PRU15 menyatukan seteru yang tidak dijangkakan, manakala Dr Mahathir Mohamad kehilangan wang pertaruhan pilihan raya.
4. Pemilihan PKR dan DAP - Rafizi Ramli kembali semula, manakala Anthony Loke mengambil alih DAP daripada Lim Guan Eng.
3. Skandal Kapal Tempur Littoral - Kos melambung RM1.4 bilion tanpa sebarang kelibat kapal.
2. Rosmah Mansor didapati bersalah.; Najib Razak akhirnya ke penjara.
1. Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri Malaysia yang ke-10.