Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sempena CNY, AirAsia tawar harga tambang tetap ke Sabah, S'wak

Air Asia akan menawarkan harga tambang tetap yang baru bagi penerbangan dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke beberapa destinasi di Sabah dan Sarawak.

Penerbangan ke Kuching, Bintulu, Miri dan Sibu pada harga RM199 manakala penerbangan ke Kota Kinabalu dan Tawau pada harga RM249.

Harga ini untuk penerbangan terpilih hanya bagi tempoh 17 Januari hingga 30 Januari depan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke dalam melancarkan promosi di ibu pejabat RedQ AirAsia hari ini berkata ia adalah sebahagian daripada janji pilihan raya kepada penduduk Malaysia Timur, untuk menyediakan tambang penerbangan yang lebih murah jika sekali lagi jika dipilih dan dilantik ke jawatan yang sama yang pertama kali disandangnya empat tahun lalu .

“Kami gembira Air Asia komited untuk menyokong inisiatif kerajaan menurunkan tambang semasa musim perayaan penting, walaupun terdapat kekangan operasi.

“Walaupun mereka tidak dapat meningkatkan lagi kekerapan penerbangan kerana kekurangan pesawat yang menjejaskan semua syarikat penerbangan, kami memuji kerja keras mereka untuk menambah penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap untuk menemukan semula keluarga, terutama mereka yang pergi dan balik dari Sabah dan Sarawak, " kata Loke dalam ucapannya.

Tambahnya, dengan kerjasama semua pihak berkuasa yang berkaitan termasuk pengawal trafik udara dan pengendali lapangan terbang, syarikat penerbangan lain digalakkan untuk memperkenalkan inisiatif serupa yang bertujuan mengurangkan tambang penerbangan semasa musim perayaan.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited Bo Lingam berkata walaupun terdapat kekangan kewangan dan operasi, syarikat penerbangan itu komited untuk menyatukan semula rakyat Malaysia untuk sambutan Tahun Baharu Cina akan datang.

“Hari ini, kami berbesar hati dapat memperkenalkan penerbangan tambahan lewat malam pada tambang rendah tetap dengan jumlah 25,020 tempat duduk tambahan ke bandar terpilih di Malaysia Timur untuk tempoh perayaan akan datang.

"Ini tidak akan dapat dicapai tanpa dedikasi bersama daripada Allstars kami yang akan bekerja sepanjang masa untuk melayani tetamu kami dalam tempoh sibuk ini, serta kerajaan atas bantuan mereka dalam mendapatkan kelulusan untuk penerbangan tambahan lewat malam," kata Bo .

Pada sidang akhbar kemudian, Bo berkata AirAsia dijangka mengendalikan 50 pesawat pada Januari dan penerbangan tambahan lewat malam akan beroperasi selepas penerbangan berjadual harian.

Sebagai tambahan kepada 52 penerbangan tambahan pada tambang rendah tetap, AirAsia juga mengendalikan 274 penerbangan mingguan pada tambang biasa ke destinasi yang sama.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS