Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Esei Foto | Tragedi Batang Kali - 9 hari misi mencari dan menyelamat

Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di kawasan perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jay berjaya ditemui pada hari kesembilan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Mayat kanak-kanak berusia 11 tahun itu yang sempurna tubuh badan itu ditemukan hampir mereput dalam 'sleeping bag' oleh anggota pasukan SAR.

Sekali gus, seramai 31 daripada 92 mangsa terkorban dalam tragedi yang menggemparkan negara pada awal pagi 16 Disember lalu.

Anjing Unit Pengesan (K9) turut menjadi tunjang utama dalam misi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus.

Lebih 250 anggota penyelamat daripada pelbagai agensi mengerah tenaga biarpun cuaca tidak menentu sepanjang operasi ini.

Turut terlibat antaranya Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

. Lokasi di lereng tanah runtuh menjejaskan ketiga-tiga tapak perkhemahan, meliputi kawasan seluas 1.21 ekar. 

Anggota Bomba membawa keluar mayat mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh berkenaan.

Reaksi pilu salah seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm.

Anggota Bomba Malaysia ketika melakukan operasi dan menyelamat mangsa tanah runtuh Father's Organic Farm.

Antara mangsa yang terselamat dibawa ke Balai Polis Hulu Yam Bharu untuk rawatan.

Anggota Bomba dan Penyelamat memasuki kawasan tanah runtuh Father's Organic Farm.

Keadaan kenderaan mangsa yang ranap di lokasi tanah runtuh tapak perkhemahan Father's Organic Farm.


9. Unit Anjing Pengesan (K9) bersiap sedia sebelum memasuki kawasan kejadian.

Pasukan Udara Jabatan Bomba Penyelamat turut melakukan tinjauan di lokasi tanah runtuh Father's Organic Farm. 

Sejambak bunga yang dihantar oleh salah seorang mangsa diletakkan di lokasi kejadian

Anggota Bomba Malaysia meninjau keadaan tanah runtuh yang mengorbankan 31 nyawa.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam ketika operasi mencari dan menyelamat. 

. Anggota Tentera Malaysia membuat persiapan sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat.

Unit Anjing Pengesan (K9) Grouse (kiri) dan Denti (kanan) dalam usaha pencarian sembilan mangsa yang masih hilang.

Anggota Polis dan Bomba membawa mangsa terakhir iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

Mayat terakhir dihantar ke Hospital Sungai Buloh menggunakan kenderaan polis untuk proses bedah siasat.

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS