Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
T'ganu beri bantuan tunai RM10,000 dan RM1,000 untuk mangsa banjir

Kerajaan Terengganu akan menyalurkan Bantuan Khas Tunai RM10,000 kepada setiap keluarga yang kehilangan ahli keluarga disebabkan banjir sebagai tanda simpati terhadap kejadian yang berlaku.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerajaan negeri turut menyalurkan Bantuan Khas Tunai RM 1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang berdaftar sebagai mangsa banjir bagi meringankan beban mereka.

“Bantuan lain seperti pembaikan rumah yang rosak, pembinaan semula rumah yang musnah dan lain-lain kerosakan infrastruktur akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri setelah mendapat maklumat penuh penilaiannya,” katanya

Dia berkata demikian menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini selepas taklimat pengurusan banjir di Pejabat Daerah Kemaman hari ini.

Ahmad Samsuri sebelum itu meluangkan masa melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) SK Binjai Kemaman.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS