mk-logo
Berita
Tun Juhar dijangka angkat sumpah TYT Sabah hari ini - Laporan
Diterbitkan:  Dec 23, 2022 9:49 AM
Dikemaskini: 1:56 AM

Tun Juhar Mahiruddin dijadualkan bakal mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah untuk penggal keempat hari ini, kata laporan.

Utusan Malaysia melaporkan istiadat angkat sumpah jawatan difahamkan akan berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Tun Juhar, 65 sebelum ini dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10 pada 1 Jan 2011 menggantikan Tun Ahmadshah Abdullah dan seterusnya dilantik menjawat jawatan sama bagi penggal kedua pada 1 Jan 2015.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 2018 telah meluluskan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sabah yang menghapuskan had tempoh perkhidmatan Yang Dipertua Negeri (TYT) selama dua penggal sahaja.

Tun Juhar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Wolverhampton Polytechnic, England pernah menyandang jawatan selaku Speaker DUN Sabah sejak 2002 hingga 2010 dan juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dari 1990 hingga 1999.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS