Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiga sungai di Terengganu lepasi paras bahaya
Diterbitkan:  Dec 22, 2022 1:34 PM
Dikemaskini: 5:34 AM

Penduduk negeri, terutama di sekitar daerah Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Kuala Terengganu diminta terus bersiap siaga menghadapi bencana banjir apabila paras air di tiga sungai di Terengganu didapati telah melepasi aras bahaya, manakala lima melebihi aras waspada.

Menurut Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) tiga sungai yang melepasi aras bahaya terdiri daripada Sungai Dungun di Jambatan Jerangau; Sungai Kemaman di Rumah Pam, Paya Paman dan Sungai Nerus di Kampung Jeram.

Sementara itu, lima sungai yang telah melebihi tahap amaran ialah Sungai Telemong di Kuala Ping; Sungai Nerus di Kampung Bukit; Sungai Nerus di Kampung Langkap; Sungai Tebak di Jambatan Tebak dan Sungai Terengganu di Muzium Negeri Terengganu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS