Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

UNDIAN | Sudah menjadi tradisi menjelang penghujung Disember, pembaca Malaysiakini boleh memilih berita terbaik dan terburuk bagi tahun ini.

Berakhirnya hampir semua sekatan Covid-19 membuahkan alasan untuk menjadi optimis dan mungkin undang-undang antilompat parti yang baru dan pilihan raya umum ke-15 akan menamatkan ketidakstabilan politik selama bertahun-tahun.

Sebaliknya, krisis perang Ukraine di Eropah masih dapat dirasai di sini manakala ekonomi yang lembap dijangka bergerak perlahan di tengah-tengah ketidaktentuan.

Seperti tahun lepas, kami mengundang para pembaca Malaysiakini menentukan 10 tajuk utama berita untuk 2022.

Terdapat 25 berita utama disenaraikan, mengikut susunan abjad, untuk diundi tahun ini.

Pembaca boleh mengundi dengan memilih markah daripada 0 (terendah) sehingga 10 (tertinggi). Markah yang sama boleh digunakan berulang kali.

Teruskan. Untuk kali terakhir, kita menoleh ke 2022 sebelum beralih ke 2023 dan semoga tahun depan lebih baik lagi.

Pencetus Berita 2022

Jangan lupa juga mengundi "pencetus berita terbaik".

Secara ringkas - pencetus berita tidak semestinya merupakan individu yang paling popular.

Dia sebaliknya mesti konsisten menjadi tajuk utama berita, dan mempengaruhi wacana awam serta mencipta impak kepada politik Malaysia - tidak kira sama ada ke arah yang lebih baik atau buruk.

Kami telah memilih 20 calon untuk anda pilih. Sekali lagi, anda boleh memberikan markah yang sama kepada lebih daripada seorang individu.

Undian tamat pada tengah malam, 26 Dis dan keputusan akan diumumkan selama dua hari berturut-turut mulai 29 Dis.

Untuk mengundi "10 Berita Terhangat 2022" dan "Pencetus Berita Terbaik", sila klik di sini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS