Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Tempoh perkhidmatan naib canselor UUM disingkatkan
Diterbitkan:  Dec 20, 2022 4:06 PM
Dikemaskini: 8:12 AM

Tempoh perkhidmatan Prof Dr Haim Hilman Abdullah sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang kesembilan dipendekkan, berkuat kuasa 18 Januari depan.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan kementerian itu amat menghargai khidmat Hail Hilman, 49, sepanjang menggalas tanggungjawab sejak dilantik mengemudi UUM pada 17 Januari lalu.

"Kementerian mengambil kesempatan ini untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Hail Hilman atas khidmat bakti dan kepemimpinan beliau," menurut kenyataan itu.

Sebelum dilantik ke jawatan itu, Hail Hilman yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan daripada University of Portsmouth, United Kingdom, pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di universiti berkenaan.

Beliau turut memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam Pengurusan Strategik daripada Universiti Putra Malaysia pada 2010.

– Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS