Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
S’gor sedia hulur bantuan RM1 juta pada Kelantan, Terengganu
Diterbitkan:  Dec 20, 2022 12:26 PM
Dikemaskini: 4:44 AM

Kerajaan Selangor mengumumkan kesediaan menghulurkan sumbangan RM1 juta kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu yang sedang berdepan banjir.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata mereka akan menyumbang masing-masing RM500,000 kepada setiap negeri.

Katanya badan bantuan kerajaan tempatan Selangor Pasukan Tindakan Segera (Pantas) dan Sukarelawan Selangor (Serve) sedia berkhidmat untuk  bantuan kemanusiaan pascabanjir sebaik keadaan mengizinkan.

“Acara sambutan ambang tahun baru peringkat Negeri Selangor juga dibatalkan demi menghormati mangsa dan keluarga yang terkesan dengan musibah banjir dan tragedi tanah runtuh Batang Kali,” katanya.

Setakat 8 pagi hari ini, angka Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menunjukkan seramai 25,353 orang di Kelantan dan 37,021 orang di Terengganu menjadi mangsa musibah itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS