Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Wira tak didendang Batang Kali
Diterbitkan:  Dec 19, 2022 1:48 PM
Dikemaskini: 5:48 AM

Sejak tanah runtuh di Batang Kali empat hari lalu, anggota mencari dan menyelamat bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa. Gambar-gambar tersebar di media sosial yang memaparkan kepenatan keletihan mereka.

Namun di sebalik semua itu, Bernama melaporkan usaha anjing unit pengesan (K9) yang turut bertungkus lumus dalam operasi itu tetapi langsung tidak disedari.

Mengharungi lumpur tebal, lecak atau hujan, seekor wira berkaki empat ini, semalam dilaporkan kecundang.

Menurut laporan itu, malangnya dalam operasi kritikal tanah runtuh tersebut, seekor anjing K9 daripada baka English springer spaniel yang diberi nama ‘Blake’ mengalami kelesuan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata anjing itu ‘kecundang’ setelah dua hari berturut-turut bekerja bertungkus lumus dan kini direhatkan.

“Selepas dua hari bekerja lebih daripada masa yang ditetapkan, anjing pengesan itu kemungkinan perlukan rehat tetapi bukan cedera.

“Sebab itu, pada peringkat ini kita akan gerakkan secara bergilir-gilir bermula dengan tiga ekor dahulu, kemudian kita akan masukkan bakinya,” katanya.

Norazam berkata setakat ini terdapat 11 ekor anjing pengesan diletakkan dalam keadaan siap siaga di lokasi kejadian untuk membantu operasi dengan enam daripadanya milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)JBPM, empat (Polis Diraja Malaysia) dan seekor (Angkatan Tentera Malaysia).

Sementara itu, usaha Blake yang tidak disedari mula mendapat pujian di media sosial.

“Selamat berehat Blake. Jasamu dikenang!” kata Persatuan Haiwan Malaysia.

Harian Metro menamakan empat lagi anjing yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat - Frankie, Denti, Pop dan Tar.

Setakat semalam, 24 mayat telah ditemui manakala sembilan orang masih hilang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS