Paling Popular
Terkini

Daerah Kuantan mula merekodkan pemindahan penduduk terjejas akibat banjir pagi ini.

Menurut sekretariat pengurusan bencana negeri Pahang, lima pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan di daerah Kuantan sehingga jam 8 pagi tadi.

Seramai 226 penduduk daripada 50 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Beserah, 67 penduduk (20 keluarga) di SK Sungai Karang, 16 penduduk(4 keluarga) di SK Sungai Ular dan 185 penduduk daripada 45 keluarga lagi ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelindung.

Daerah Raub yang dilanda banjir kali kedua sejak semalam pula kekal dengan satu PPS di Dewan Kampung Pia yang merekodkan 40 penduduk terjejas banjir daripada 13 keluarga.

Secara keseluruhan cuaca di sekitar Kuantan dan daerah lain di Pahang pagi ini masih lagi tidak banyak berubah dengan hujan masih berlaku di kebanyakan tempat.

Berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan hujan berterusan dijangka berlaku hingga 21 Disember ini yang boleh mengakibatkan risiko banjir kilat di kawasan rendah di Pahang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS