Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Johari Abdul letak jawatan sebagai Adun Gurun
Diterbitkan:  Dec 18, 2022 10:32 AM
Dikemaskini: 3:01 AM

Johari Abdul hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Adun Gurun di Kedah, berkuat kuasa serta-merta.

Pengumuman itu dibuat menerusi hantaran di laman Facebooknya pagi ini.

Dia berkata, keputusan itu disampaikan menerusi sepucuk surat kepada Speaker DUN Kedah Juhari Bulat.

"Saya telah mengutus sepucuk surat kepada Speaker DUN Kedah Juhari Bulat mengenai perletakan jawatan sebagai Adun Gurun dan surat terbabit telah diterima bertarikh pada 13 Disember 2022.

"Dalam surat tersebut dinyatakan bahawa peletakan jawatan saya berkuatkuasa serta-merta dari tarikh surat itu diterima oleh pihak Speaker," katanya.

Johari yang merupakan bekas pengerusi PKR Kedah tidak menyatakan sebab peletakan jawatannya itu tetapi ia di saat spekulasi dia dicalonkan sebagai speaker Parlimen.

Dia menang kerusi Parlimen itu pada PRU14, selain menjadi ahli parlimen Sungai Petani sejak 2008 sebelum mengambil keputusan itu tidak mempertahankan kerusi itu pada PRU15.

Dalam pada itu, Johari mengucapkan terima kasih kepada parti komponen PH serta penduduk di Gurun atas sokongan dan kerjasama yang diberikan kepadanya selama menjadi wakil rakyat di situ.

"Saya cukup berbangga dapat berkhidmat mewakili warga Gurun sepanjang menjadi Adun di kawasan tersebut.

"Saya dengan rendah diri menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika terdapat kesilapan, kekhilafan, kekurangan dan sebagainya kepada semua pihak khususnya buat rakyat di Gurun sepanjang berkhidmat sebagai Adun," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS