Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tak ada persoalan main kolam dengan Muhyiddin, Bersatu - Armizan

Ahli Gabungan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Armizan Mohd Ali menafikan dia mempermainkan Bersatu dan presidennya Muhyiddin Yassin. 

Armizan, yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), menegaskan dia ialah ahli langsung GRS “sebelum bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15)".

Malah Armizan menegaskan dia masih merupakan ahli Bersatu Sabah kerana tidak membuat pengumuman keluar parti serta tidak menghantar surat peletakan keahlian.

Katanya, penyertaannya dalam GRS juga adalah selepas mengambil kira sentimen dan aspirasi rakyat Sabah.

“Tak ada persoalan main kolam antara Muhyididn atau Bersatu, kita punya sasaran ialah masyarakat Sabah.

“Pada masa sekarang sentimen masyarakat, sekarang ini kita bergerak berteraskan atau berdasarkan parti lokal. Lanskap politik Malaysia, kita memperjuangkan agenda Sabah dengan lebih efektif. Dengan gagasan lokal.

“Tak orang bilang menentang aspirasi orang Sabah. Itu sebab (kita) menubunhkan dan sertai GRS pada masa itu, supaya parti lain sedia bersama dnegan kita,” katanya pada sidang media di Pulau Meranti, di Puchong, hari ini.

Menjawab soalan berhubung tarikh sebenar dia menyertai GRS, ahli Parlimen Papar itu berkata dirinya tidak pasti tetapi menegaskan permohonan keahliannya telah diluluskan oleh Setiausaha Agung GRS Masidi Manjun pada Oktober.

“Kamu kena faham keunikan kerjasama antara GRS dan Bersatu di Sabah.

“Penubuhan GRS sendiri dapat restu daripada Bersatu, keanggotaan Bersatu Sabah dan GRS sebagai gabungan dapat restu daripada Bersatu pada ketika itu.

“Jadi sebagai orang yang terlibat dalam penubuhan GRS, sudah tentu saya mahu menjadi antara orang pertama yang menjadi ahli,” katanya.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, Perlembagaan Persekutuan atau Akta Pertubuhan 1966 tidak menghalang sesiapa daripada menjadi ahli beberapa parti politik.

“Tetapi semestinya perlulah parti politik yang berkerjasama. Saya bukan ahli parti politik yang tidak sehaluan dengan parti lain (dalam gabungan yang sama).

“Bersatu faham walaupun (kita) ada dalam Bersatu Sabah, kita bawa agenda penyatuan berdasarkan parti lokal,” katanya.

Mengulas keahliannya dalam Bersatu, Armizan berkata Bersatu pusat masih belum mengeluarkan notis untuk membatalkan keahliannya selepas dia menyertai GRS.

“Saya bilang revoke atau tidak, bukan saya. Bukan kita yang bilang, Bersatu yang keluar notis.

“Kena ingat juga, kalau ada parti baru ditubuhkan oleh (Pengerusi GRS) Hajiji (Noor), kita tidak boleh sertai parti itu.

“Sebagai ahli parlimen yang menang (di bawah tiket) GRS, itu pergerakan mereka. Kami akan kekal sebagai ahli dan pemimpin GRS,” katanya.

Pada Selasa (13 Dis) lalu, Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal membidas tindakan beberapa pemimpin GRS yang meninggalkan parti itu.

Wan Fayhsal mendakwa empat ahli parlimen berkenaan yang mengisytiharkan secara terbuka bahawa mereka "keluar" dari Bersatu masih ahli parti di Sabah ketika mereka bertanding pada PRU15.

Bagaimanapun, dia membangkitkan kemungkinan permohonan keahlian GRS mereka telah diundur tarikh.

Walaupun GRS dikenali secara umum sebagai gabungan lima parti, namun buat Pendaftar Pertubuhan dan Suruhanjaya Pilihan Raya, ia adalah parti politik biasa.

GRS didaftarkan secara rasmi pada 11 Mac. Sebagai sebuah gabungan, GRS meletakkan 12 calon untuk pilihan raya 19 Nov lalu yang menyaksikan enam calonnya menang.

Sejurus selepas pilihan raya, GRS pada mulanya berikrar menyokong Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, tetapi menukar pendirian lima hari kemudian.

Ini selepas presiden PKR Anwar Ibrahim dilantik oleh Yang di-Pertuan agong sebagai perdana menteri.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS