Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tok Mat: BN, PH belum bincang kerjasama hadapi enam PRN
Diterbitkan:  Dec 15, 2022 2:27 PM
Dikemaskini: 6:27 AM

Masih belum ada perbincangan untuk Barisan Nasional (BN) mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun depan, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata parti terlibat perlu berbincang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenai kerjasama.

"Biar parti berbincang antara parti sebab belum berbincang apa-apa lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Bertemu Pelanggan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rembau, di sini hari ini.

Enam negeri yang akan terlibat dengan PRN tahun depan ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Semalam, Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata PH belum memuktamadkan keputusan sama ada akan bekerjasama dengan BN bagi menghadapi enam PRN atau sebaliknya, kerana fokus sekarang adalah untuk memperkasa keserasian bersama BN dalam Kerajaan Perpaduan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS