Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Annuar: Saya tak akan merayu pada Umno 
Diterbitkan:  Dec 15, 2022 12:50 PM
Dikemaskini: 10:24 AM

Bekas menteri komunikasi dan multimedia (KKMM) Annuar Musa hari ini berkata dia tidak akan membuat rayuan setelah dipecat daripada Umno.

Annuar yang juga ketua Umno bahagian Ketereh berkata ini selepas dia percaya bahawa pucuk pimpinan parti itu tidak lagi memerlukan perkhidmatannya.

"Saya telah membuat keputusan, saya tidak akan merayu. 

"Kalau nak merayu ini, kita kena tahu apa salah. Jadi, kita boleh menilai yang betul dan salah. Kalau salah kita merayu.

"Tapi, saya ingat saya tak tahu pertuduhan. (Saya) tak dipanggil. Tak pernah diminta memberi penjelasan lisan atau bertulis, panggil secara sahabat pun tiada sedangkan dalam itu kawan-kawan saya tapi mereka tidak bertanya apa-apa.

Tahu-tahu surat sekeping, pecat. Jadi saya nak rayu macam mana,”katanya di sidang media di pejabat Muafakat Nasional (MN) di Damansara, hari ini.

Terdahulu, bekas ahli parlimen Ketereh itu ditanya akan membuat rayuan susulan dipecat daripada Umno minggu lepas.

Annuar merupakan ahli parlimen Ketereh selama tiga penggal digugurkan sebagai oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada PRU15 baru-baru ini.

Annuar kemudian diramal bertanding bawah tiket Perikatan Nasional (PN). Dia namun mengambil keputusan kekal bersama Umno sebelum dipecat oleh majlis tertinggi parti itu pada 8 Disember.

‘MN tak terlibat dengan politik’

Sementara itu, Annuar berkata bahawa MN tidak akan terlibat dalam politik.

"MN adalah sebuah NGO dan akan bekerjasama dengan semua parti termasuk kerajaan hari ini.

"Moto MN dalam 'Mengasihi, menyatui, menghormati' merupakan slogan yang digunakan MN berlandaskan nilai-nilai cintakan keamanan, kedamaian, muhibbah dan perpaduan yang sejati adalah sesuatu yang perlu dipupuk dan disuburkan secara berterusan sehingga menjadi sesuatu yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi," katanya.

"Selagi, parti-parti politik ini berpegang teguh kepada matlamat yang termaktub dalam perlembagaan MN, kita sedia bekerjasama," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS