Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Banjir, tanah runtuh ragut 141 nyawa, Congo berkabung 3 hari
Diterbitkan:  Dec 15, 2022 11:26 AM
Dikemaskini: 3:28 AM

GLOBAL | Republik Demokratik Congo berkabung selama tiga hari bemula Rabu selepas 141 orang maut dalam bencana banjir yang melanda Kinshasa.

Antara yang maut ialah sembilan sekeluarga termasuk kanak-kanak selepas rumah mereka runtuh, di perkampungan Ngaliema di Kinshasa.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam wilayah itu, banjir turut menyebabkan 38,787 rumah dinaiki air dan 280 rumah musnah, lapor Agensi Anadolu.

Presiden Felix-Antoine Tshisekedi yang kini berada di Washington untuk menghadiri sidang kemuncak Amerika Syarikat (AS)-Afrika, mengadakan pertemuan dengan beberapa menteri kerajaan berhubung bencana itu pada Selasa.

Presiden memutuskan untuk mengisytiharkan perkabungan negara selama tiga hari bermula Rabu dan memendekkan lawatannya.

Beliau dijadual pulang ke Kinshasa pada Khamis selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Joe Biden.

Gabenor wilayah Gentiny Ngobila berkata semua urusan pengebumian mangsa akan diuruskan pihak kerajaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS