Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,241 kes baru, enam lagi kematian Covid-19
Diterbitkan:  Dec 15, 2022 8:51 AM
Dikemaskini: 12:51 AM

Sebanyak 1,241 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,013,724.

Jumlah kes aktif sebanyak 17,215, turun 29.6 peratus berbanding 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

  • Selangor (472)

  • Sarawak (138)

  • Kuala Lumpur (108)

  • Melaka (102)

  • Pulau Pinang (61)

  • Perak (58)

  • Kedah (56)

  • Sabah (54)

  • Kelantan (42)

  • Negeri Sembilan (32)

  • Pahang (31)

  • Putrajaya (31)

  • Johor (24)

  • Terengganu (18)

  • Labuan (8)

  • Perlis (6)

Sebanyak enam lagi kematian dilaporkan, dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital. Kematian melibatkan dua kes di Kedah, Negeri Sembilan (2), Johor (1) dan Perak (1).

Sejak minggu lepas, purata 6.6 orang dilaporkan meninggal dunia manakala purata untuk 30 hari pula sebanyak 7.7, yang menunjukkan aliran menurun.

Sementara itu, terdapat 209 laporan kematian bulan lepas dan 101 kematian pada bulan Oktober.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,784 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Sebanyak 1,010 pesakit Covid-19 yang sedang menerima rawatan di hospital dengan 67 orang sedang mendapat rawatan rapi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS