Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM: Tiada kenaikan tarif elektrik untuk isi rumah, PKS

Kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan tarif elektrik untuk isi rumah, perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat makanan dan pertanian, kata perdana menteri Anwar Ibrahim

Ini walaupun ada cadangan awal untuk berbuat demikian, katanya menjelaskan kerajaan tidak mahu membebankan rakyat.

Anwar berkata keputusan itu akan memberi implikasi kewangan kepada negara hampir RM30 bilion setahun.

“Jika dikenakan pun (kenaikan tarif elektrik) hanya terhadap syarikat-syarikat multinasional yang eksport kerana tarif terlalu rendah buat mereka dan subsidi itu tidak harus diberikan kepada syarikat gergasi yang untungnya tinggi.

“Dari segi rakyat tidak ada langsung cadangan kerajaan untuk naikkan tarif elektrik,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.

Anwar, bagaimanapun berkata kenaikan terhadap syarikat multinasional hanya akan berlaku secara berperingkat dan berpatutan untuk memastikan ia tidak menjejaskan operasi dan unjuran syarikat.

Pengumuman lanjut akan dibuat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad, katanya.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS