Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Adun Bemban dilantik ketua pembangkang Melaka
Diterbitkan:  Dec 13, 2022 12:49 PM
Dikemaskini: 5:08 AM

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bemban yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka Dr Mohd Yadzil Yaakub kini menggalas tugas sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Beliau menggantikan Adun Bukit Katil yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah Adly Zahari yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan. 

"Kita akan jadi pembangkang yang lebih efektif supaya dapat memberi semak dan imbang kepada kerajaan untuk menjamin kesejahteraan kepada rakyat," katanya ketika ditemui pemberita di luar persidangan DUN Melaka di Melaka hari ini.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi terdiri daripada Barisan Nasional sebanyak 21 kerusi, PH (lima kerusi) dan PN (dua kerusi).

Sementara itu, Adly yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang menerima lima Adun PH sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri.

"Ia hasil pertemuan dengan Ketua Menteri jadi semangat yang sama (di peringkat Persekutuan) dibawa ke Melaka kerana kerajaan ini ialah Kerajaan Perpaduan,” katanya. 

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS