Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hak mutlak Anwar nak bentang usul percaya di parlimen - Azalina

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhak untuk membentangkan usul percaya terhadap kepimpinannya di Dewan Rakyat pada 19 Dis, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.

“Pandangan peribadi saya sangat mudah, di bawah Sistem Westminster, semua orang boleh mengusulkan undi percaya.

“Bagi perdana menteri, yang telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan (sokongan daripada) sebuah gabungan besar, untuk bentangkan usul percaya, maka dia seorang yang berani, kerana dia mahu ahli parlimen menunjukkan sokongan mereka kepadanya," kata Azalina sambil menambah bahawa kebanyakan perdana menteri tidak mahu usul percaya terhadap mereka.

"Ini adalah prerogatif dia sebagai ketua dewan (parlimen)," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Ahli parlimen perlu menyokong Anwar kerana kerajaan perpaduan yang dipimpinnya telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, menurut Azalina.

Pada 24 Nov, Anwar berkata agenda utama sidang parlimen pertama pada 19 Dis adalah untuk membentangkan undi percaya terhadap kepimpinannya.

Pengumuman Anwar dibuat berikutan kenyataan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin yang menimbulkan keraguan terhadap jumlah sokongan yang diterimanya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS