Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PN calonkan Hamzah sebagai ketua pembangkang
Diterbitkan:  Dec 10, 2022 4:08 PM
Dikemaskini: 8:37 AM

Perikatan Nasional (PN) sepakat menamakan Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dipetik berkata, perkara itu telah diputuskan dalam satu mesyuarat yang diadakan beberapa hari lepas dan pencalonan Hamzah juga telah dihantar ke Parlimen.

“Kita telah menubuhkan satu jawatankuasa dalam kalangan 74 ahli parlimen PN dan bersetuju melantik Hamzah sebagai ketua pembangkang.

"Jawatankuasa juga turut melantik Pengerusi PN Muhyiddin Yassin sebagai ketua ahli parlimen PN dan timbalannya ialah Presiden PAS Abdul Hadi Awang,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Sementara itu, Takiyuddin berkata dia akan berkhidmat sebagai ketua whip parlimen bagi PN.

Hamzah merupakan tokoh penting dalam Langkah Sheraton yang meruntuhkan pentadbiran PH pada 2020.

Hamzah seteru lama Anwar dan pada 2008 pernah menuduh pengerusi PH itu mengganggu isterinya pada 1998.

Presiden PKR itu menyaman ahli parlimen Larut itu kerana memfitnah tetapi menarik balik saman itu pada 2013 selepas kedua-dua pihak mencapai penyelesaian secara baik.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS