Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wanita maut dipercayai dipijak gajah
Diterbitkan:  Dec 6, 2022 12:26 PM
Dikemaskini: 4:26 AM

Seorang wanita Orang Asli maut akibat cedera parah dipercayai kerana dipijak gajah di Kampung Simoi Baru, Pos Betau di Kuala Lipis, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada 4.40 pagi dan mangsa Wak Angkat Yok Tong, 39, ditemukan di dalam kawasan pokok pisang oleh ahli keluarganya.

"Siasatan awal mendapati mangsa bersama lapan ahli keluarganya sedang tidur di rumah kayu berdinding buluh yang dikelilingi pokok pisang dan berhampiran kebun getah.

"Mereka terjaga kerana dinding rumah bergoyang dipercayai akibat dilanggar gajah menyebabkan mereka semua melarikan diri," katanya menerusi kenyataan di Kuantan hari ini.

Azli berkata ahli keluarga mangsa yang berkumpul semula selepas keadaan tenang, menyedari mangsa hilang menyebabkan mereka mencarinya di sekitar rumah.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS