Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Abdul Hamid Pawanteh kembali ke rahmatullah
Diterbitkan:  Dec 1, 2022 5:07 PM
Dikemaskini: 9:07 AM

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara ke-14 Dr Abdul Hamid Pawanteh, 78, menghembuskan nafasnya yang terakhir petang tadi.

Allahyarham merupakan bekas menteri Besar Perlis yang keempat, bergiat aktif dalam politik dan pernah mengetuai Umno Perlis sebelum kemudian menyertai Bersatu negeri itu.

Anak allahyarham, Natasya Pawanteh pada hantaran di media sosial memberitahu bapanya meninggal dunia sekitar jam 3.15 petang tadi

Jenazah bekas ahli parlimen Kangar itu akan disemadikan selepas sembahyang Jumaat di Masjid Negeri, Arau, esok.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS