Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Raja-Raja Melayu arah hentikan hasutan perkauman, agama
Diterbitkan:  Nov 30, 2022 4:22 PM
Dikemaskini: 8:52 AM

Majlis Raja-Raja Melayu menggesa kerajaan baru untuk menyemai "semangat kebersamaan" dalam kalangan rakyat Malaysia.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah demikian selepas mempengerusikan Majlis Raja-Raja ke-260 hari ini.

"Beta berharap supaya tiada lagi pemimpin yang membangkitkan isu perkauman atau agama dengan tujuan untuk menghasut masyarakat.

"Beta turut menggesa agar kerajaan baharu menggunakan peluang yang ada sebaik-baiknya untuk memacu negara ke tahap lebih," titah baginda.

Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan pertemuan selama dua hari susulan pilihan raya umum ke-15.

Semasa mengucapkan tahniah kepada penggubal undang-undang baru, Tuanku Muhriz bertitah perdana menteri dan menteri besar baru mempunyai tanggungjawab yang berat untuk dipikul dan tugas mereka mesti diselaraskan dengan prinsip Rukun Negara.

"Semangat dan nilai-nilai prinsip Rukun Negara hendaklah seharusnya menjadi amalan serta pegangan semua rakyat dan bukan sekadar tulisan dalam bahan bacaan sahaja.

"Sehubungan itu, beta mencadangkan agar lafaz ikrar Rukun Negara terus dilaksanakan dari semasa ke semasa dalam majlis-majlis yang bersesuaian," titah baginda lagi menjelaskan ini akan membuktikan kerajaan serius dalam menjadikan Rukun Negara sebagai asas dan panduan rakyat Malaysia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS