Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2,465 kes baru Covid-19, lima kematian
Diterbitkan:  Nov 29, 2022 9:24 AM
Dikemaskini: 1:24 AM

Sebanyak 2,465 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.

Kes aktif kini berjumlah 27,638, turun satu peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (1,306)

Kelantan (147)

Kedah (138)

Sabah (137)

Kuala Lumpur (108)

Melaka (92)

Negeri Sembilan (86)

Pulau Pinang (81)

Sarawak (75)

Perak (66)

Terengganu (66)

Putrajaya (59)

Pahang (51)

Johor (42)

Perlis (8)

Labuan (3)

Lima lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, dengan dua kes tidak berlaku di hospital.

Masing-masing dua kes kematian dilaporkan di Perak dan Selangor dan satu kes di Kedah.

Sepanjang minggu lalu, purata 6.9 orang dilaporkan meninggal dunia berbanding purata 6.4 orang meninggal dunia bagi tempoh 30 hari lalu, menunjukkan trend peningkatan.

Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,641 kematian direkodkan.

Setakat bulan ini, sebanyak 166 kematian dilaporkan berbanding 101 kematian pada bulan lepas dan 158 kematian pada September.

Pada masa ini seramai 1,932 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 92 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (108) diikuti Sabah (95) dan Johor (58).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS