Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Raja Arab Saudi, putera mahkota ucap tahniah pada Anwar

Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dalam perutusan tahniah atas pelantikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri baru Malaysia turut menzahirkan agar rakyat Malaysia terus maju jaya serta makmur.

Raja Salman yang juga Penjaga Dua Masjid Suci menzahirkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada Anwar yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia ke-10 dalam satu majlis yang diadakan di Istana Negara pada Khamis.

“Selaku Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman menzahirkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya doa kepada perdana menteri Malaysia dan juga kemajuan serta kemakmuran bagi rakyat Malaysia,” lapor Agensi Berita Arab Saudi.

Sementara itu, Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman dalam perutusan tahniah kepada Anwar turut mengucapkan selamat maju jaya dan kesejahteraan rakyat Malaysia di bawah kepimpinan perdana menteri yang baru.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS