Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Petugas SPR meninggal dunia ketika bertugas
Diterbitkan:  Nov 19, 2022 8:08 PM
Dikemaskini: 12:14 PM

Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sedarkan diri semasa bertugas dan disahkan meninggal dunia di hospital.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Cha Hoong Fong berkata lelaki 45 tahun yang bertugas di Sekolah ACS Methodist Jalan Raya Barat itu tidak sedarkan diri di atas kereta buggy.

Dia kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang tetapi pemeriksaan mendapati dia telah meninggal dunia.

"Hasil siasatan awal pihak polis dan keterangan isteri mangsa menyatakan bahawa mangsa sebelum ini pernah menerima rawatan sebagai pesakit jantung," kata Cha.

HTAR akan menjalankan bedah siasat dan kes dikelaskan sebagai mati mengejut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS