Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob selesai mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kerayong, pada 10.27 pagi.
Selain Ismail, turut mengundi di sekolah itu ialah isterinya Muhaini Zainal Abidin serta beberapa ahli keluarga yang lain.
Perdana Menteri yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Bera dan keluarga yang berpakaian sedondon berwarna biru dan putih, tiba di pusat mengundi itu pada 9.20 pagi.