Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
3,037 kes baru Covid-19, lima kematian dilaporkan
Diterbitkan:  Nov 19, 2022 8:27 AM
Dikemaskini: 12:27 AM

Sebanyak 3,037 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,963,216.

Jumlah kes aktif pula sebanyak 27,711, turun 24.2 peratus berbanding dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri adalah seperti berikut:

Selangor (1,237)

Sabah (205)

Melaka (200)

Pulau Pinang (186)

Kuala Lumpur (185)

Kedah (158)

Negeri Sembilan (152)

Putrajaya (122)

Perak (117)

Sarawak (114)

Kelantan (109)

Pahang (94)

Terengganu (71)

Johor (62)

Labuan (16)

Perlis (9)

Sebanyak lima lagi kematian dilaporkan semalam dengan dua daripadanya berlaku di luar hospital.

Dua kematian dilaporkan di Pulau Pinang dan masing-masing satu kes di Johor, Sabah dan Terengganu.

Sejak minggu lalu, purata 7.3 orang dilaporkan meninggal dunia sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 5.3, menunjukkan trend peningkatan.

Sejak wabak Covid-19 melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,588 kematian berkaitannya telah dicatatkan.

Sebanyak 113 kes kematian dilaporkan untuk November, setakat ini. Sebagai perbandingan, sebanyak 101 kematian dilaporkan pada bulan lalu dan 158 kematian pada September.

Sebanyak 1,868 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 106 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi.

Jumlah kemasukan tertinggi semalam dilaporkan di Selangor (167) disusuli dengan Johor (99) dan Sabah (90).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS