Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PRU15: Polis Selangor terima 38 lagi laporan
Diterbitkan:  Nov 17, 2022 6:18 PM
Dikemaskini: 10:18 AM

Polis Selangor menerima 38 lagi laporan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menjadikan jumlah keseluruhan laporan sepanjang tempoh berkempen di negeri itu sebanyak 290.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya turut membuka empat lagi kertas siasatan semalam.

“Ini menjadikan laporan polis terkumpul sepanjang tempoh mulai 5 hingga 16 Nov 2022 sebanyak 290 laporan polis dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 23 kertas siasatan telah dibuka dengan tangkapan keseluruhan seramai lima individu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arjunaidi berkata sebanyak 236 ceramah dan kempen berpermit telah diadakan oleh parti yang bertanding semalam, menjadikan jumlah keseluruhan program yang diadakan bagi tempoh kempen sebanyak 3,167.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS