Berang dengan serbuan SPRM ke atas Invoke, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli memberi amaran kepada ketua pesuruhjayanya, Azam Baki bahawa Pakatan Harapan (PH) “mencarinya” pula berhubung skandal pegangan sahamnya sebelum ini jika gabungan itu memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini.
Bercakap pada Ceramah Mega PH di Johor Bahru malam tadi, Rafizi berkata SPRM mesti berdepan dengan mahkamah terlebih dahulu berhubung serbuan ke atas syarikatnya, Invoke Solutions Sdn Bhd.
“Esok (hari ini) kita jumpa di mahkamah, lusa (Jumaat) satu hari lagi kempen, Sabtu kita mengundi.
“Lepas menang pilihan raya kami cari Azam Baki, insya-Allah.
“Saya tahu Azam Baki tengok ni! Saya harap bila Pakatan Harapan menang bila kami cari kamu, kamu jangan salahkan adik kamu sekali lagi,” katanya pada kira-kira 1,000 hadirin.
Disember lalu, Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa memfailkan usul tergempar meminta Dewan Rakyat membahaskan dakwaan pemilikan hampir dua juta saham Azam dalam sebuah syarikat tersenarai awam - antara April 2015 dan Mac 2016 - semasa berkhidmat sebagai pengarah siasatan SPRM.
Pada Januari lalu, Azam berkata dia telah memaklumkan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM bahawa saham itu dibeli oleh adiknya yang meminjam namanya dan dia yakin dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan.
Pendedahan itu mencetuskan siasatan Suruhanjaya Sekuriti yang akhirnya tidak menemui bukti perdagangan proksi kerana Azam mempunyai "kawalan" ke atas akaun dagangannya sendiri.
Rafizi berkata dia pda mulanya tidak mahu r tangan dalam serbuan pertama SPRM di Invoke pada Selasa lalu tetapi peguam kemudiannya ditugaskan selepas tuntutan lanjut dibuat untuk dokumen yang mengandungi maklumat sulit milik pelanggan Invoke.
Katanya, SPRM mesti mendapatkan perintah daripada mahkamah atas permintaan untuk merampas dokumen yang dilindungi oleh klausa kerahsiaan.
“Bagi waran yang membolehkan SPRM sita apa-apa, tahan siapa-siapa, ini namanya buli! Tak cukup dengan semalam hari ini sambung lagi. Dia ingat dengan buat begitu saya akan takut?.
“Kamu tahan pekerjapekerja saya kamu buli mereka, kamu tanya bukan-bukan, tak apa.
“Hari ini aku hantar peguam. Sebab itu hari ini mereka datang peguam kami ada. Kami dah buat keputusan kalau kamu nak soal siasat nak mintak dokumen nak rampas apa-apa, sila ikut undang-undang,” katanya sambil mengulangi bahawa tindakan terhadap Invoke adalah sebahagian daripada taktik ugutan BN pada kempen-kempen terakhir.
Dia berkata demikian ketika berkempen untuk penyandang kerusi Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan calon PH dari kerusi sekitar termasuk penyandang Pulai Salahuddin Ayub dan penyandang Pasir Gudang Hassan Karim.