Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Banjir kilat di sejumlah kawasan di S'gor akibat hujan lebat
Diterbitkan:  Nov 17, 2022 8:59 AM
Dikemaskini: 3:02 AM

Hujan lebat berterusan selama beberapa jam malam tadi dilaporkan mengakibatkan banjir kilat di sejumlah kawasan di Klang, Selangor.

Gambar yang dikongsikan netizen menunjukkan pelbagai kawasan, termasuk Taman Sentosa, Bayu Perdana dan Klang Utama telah dinaiki air.

Video yang dikongsikan pula menunjukkan air sudah masuk ke sejumlah rumah, dengan netizen memaklumkan mereka perlu berjaga sepanjang malam jika paras air terus naik.

Menurut maklumat dari Jabatan Pengiaran dan Saliran (JPS) Selangor, beberapa sungai di negeri itu dijangka melepasi paras bahaya jika hujan berterusan pada empat pagi.

Laman Facebok Menteri Besar Selangor Amirudin Shari memaklumkan di telah pergi ke salah satu kawasan terjejas, Taman Melawis di Klang, pada jam 2.45 pagi tadi bersama-sama yang dipertua Majlis Perbandaran Klang.

Dia juga berkata telah memberi arahan kepada pihak terlibat agar bantuan segera diberikan kepada penduduk.

[Berita lanjut menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS