Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPRM tak serbu pejabat Rafizi, cuma ambil dokumen - Laporan
Diterbitkan:  Nov 16, 2022 11:24 AM
Dikemaskini: 3:24 AM

SPRM mengesahkan mengambil beberapa dokumen di pejabat Invoke Solutions Sdn Bhd, milik Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, semalam.

BH Online memetik sumber berkata kehadiran pegawai suruhanjaya pencegahan rasuah itu bertujuan membantu siasatan terhadap dakwaan pemilikan aset yang diumumkan Rafizi, minggu lalu.

"Tiada serbuan sebaliknya siasatan biasa," kata sumber itu.

Rafizi dalam ucapannya semalam dilaporkan berkata SPRM menyerbu pejabat Invoke Solutions Sdn Bhd SPRM dan mendakwa kakitangannya ditahan selama tujuh jam.

Minggu lalu, Rafizi berkata dia mengalu-alukan siasatan SPRM berhubung pengisytiharan asetnya selepas NGO Pertubuhan Jalinan Perpaduan Malaysia membuat laporan terhadapnya.

Dia mengulangi bahawa RM16.7 juta aset yang dia ada dalam Invoke hanyalah "di atas kertas", kerana itu adalah nilai semasa saham yang dimilikinya dalam syarikat berkenaan.

Jelasnya, ia tidak bermakna dia mempunyai RM16.7 juta dalam akaun banknya.

Rafizi pada 2 Nov telah mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta, sebelum bertanding di kawasan parlimen Pandan, diikuti oleh calon PKR yang lain pada PRU ke-15.

Timbalan presiden PKR itu berkata ini adalah untuk memupuk kepercayaan orang ramai terhadap wakil rakyat mereka semula.

Pada 2 November lalu, Rafizi tampil mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih RM18.85 juta dan mendakwa tidak memerlukan dana awam untuk menjadikan dirinya kaya.

Beliau berkata pengisytiharan harta dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 susulan syarat PKR supaya calon yang bertanding pada pilihan raya umum ke-15 untuk berbuat demikian.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS