Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Khairuddin tak nampak BN, PN akan gabung bentuk k'jaan

Bekas pemimpin PAS Khairuddin Aman Razali yang mempertahankan kerusi parlimen Kuala Nerus atas tiket BN berkata dia tidak nampak akan ada pembentukan kerajaan antara Perikatan Nasional (PN) dan BN selepas PRU15.

Kata Khairuddin, ini kerana Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin sendiri telah menafikannya.

"Saya tak nampak ia akan berlaku (gabungan parti BN dengan PN) sebab pengerusi PN telah menafikannya," katanya kepada pemberita di Kuala Nerus, malam tadi.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata dia juga yakin bahawa rakyat akan menolak usaha penggabungan tersebut.

"Belum lagi masuk pilihan raya dah berlaku pertembungan, jadi saya yakin rakyat tidak akan dapat menerima satu gabungan (PN) yang belum lagi menang dah bertelingkah.

"Dan dah ada pula kenyataan balas membalas. Jadi, saya pun tak suka nak ulas panjang parti orang lain tetapi itu keadaannya dan saya rasa saya tak perlu jawab apa pandangan sekiranya berlaku gabungan dengan BN sebab mereka (PN) pun sedang bertelingkah," katanya.

Khairuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang tidak menolak kemungkinan PN dan BN bergabung membentuk kerajaan selepas PRU15, jika kedua-dua pihak gagal mendapat majoriti mudah membentuk kerajaan.

Menurut Takiyuddin (gambar, bawah), Abdul Hadi yang juga timbalan pengerusi PN juga pernah menyuarakan perkara itu.

Bagaimanapun, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin kemudian menafikan kemungkinan itu.

Muhyiddin berkata dia tidak pernah memberi mandat atau melantik Takiyuddin untuk berunding dengan BN.

Untuk rekod, Muhyiddin sebelum ini pernah mengisytiharkan bahawa musuh utama PN ialah BN namun ia mengundang reaksi yang lunak daripada PAS.

Takiyuddin pula berulang kali menegaskan bahawa musuh utama PAS ialah PH dan bukan BN.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ketika sidang media di Melaka kelmarin berkata parti itu rela menjadi pembangkang jika PN gagal mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan .

Abdul Hadi berkata parti itu mempunyai prinsip dan mahu kepimpinan bersih untuk menerajui kerajaan selepas PRU15.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS