Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Menyelesaikan masalah banjir adalah antara keutamaan empat calon yang bertanding di kerusi parlimen Shah Alam ketika Jabatan Meteorologi MAlaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir akan bermula hari ini sehingga Sabtu depan.

Calon BN, Hizatul Isham Abdul Jalil misalnya memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya senario terburuk seperti banjir besar yang memaksa PRU ke-15 ditangguhkan..

Penangguhan, tambah Isham, akan menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat.

“Jentera pilihan raya saya yang kini terletak strategik di seluruh Shah Alam boleh bertukar menjadi jentera banjir bagi membantu mangsa,” katanya.

Muhammad Rafique Rashid Ali dari Gerakan Tanah Air (GTA) juga sedang mencari penyelesaian segera termasuk melatih penduduk supaya bersedia menyelamatkan diri dan memastikan bekalan makanan mencukupi.

Sementara itu, calon mewakili PN, Dr Afif Bahardin, berjanji untuk menyelesaikan masalah banjir di Shah Alam seperti yang dilakukannya di di kawasan diwakilinya sebelum ini, Seberang Jaya di Pulau Pinang.

Mereka bergilir-gilir berkongsi rancangan mereka dalam siaran langsung Astro Awani dari Shah Alam, malam tadi.

Baru-baru ini banjir kilat melanda beberapa petempatan di Shah Alam, Kota Raja, Klang, dan Kapar. Ia mendorong calon menghentikan kempen pilihan raya mereka untuk melawat mangsa.

Itu semua adalah kubu kuat PH. Calon di Kapar memenangi kerusinya dengan majoriti 16,000 undi dan 78,000 di Klang.

Bagaimanapun, keadaan itu berkemungkinan besar tidak akan berulang pada Sabtu depan kerana pertandingan kali ini melibatkan lebih ramai calon. Di Shah Alam ada empat calon bertanding dan itu adalah jumlah terendah.

Di tempat lain ada antaranya melibatkan sehingga lapan calon.

Turut dipersoalkan ialah bagaimana pengundi akan membuat keputusan apabila mereka keluar untuk memangkah pada 19 Nov ketika masalah banjir masig segar dalam fikiran masing-masing.

Juga ditanyakan jika pengundi akan lebih mengutamakan calon penyandang berbanding pencabar serta isu wang yang dibelanjakan selama bertahun-tahun namun usaha mengatasi masalah banjir tidak dapat diselesaikan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS